"Suka tengok anak Lia, si Aina tu. Baru umur tiga tahun tapi pandai
berdikari. Macam mana cara dia ajar anak kan," Farah memberitahu Mira
semasa sedang bersembang hal anak masing-masing.
Ada anak kecil yang sangat berdikari. Tentuu kita terfikir, macam mana cara didikan ibu bapa mereka sehinggakan anak yang baru berusia tiga tahun sudah pandai berdikari seperti mengemas alat permainan yang selesai dimain, mengelap air yang tumpah di lantai, membasuh cawan yang digunakan dan sebagainya lagi.
Sebenarnya semua ibu bapa boleh mendidik anak menjadi individu yang berdikari asalkan ada kemahuan untuk mendisiplinkan mereka. Mungkin anda boleh cuba cara berikut.
1. Jaga kesihatan anak
Anak yang sihat mampu untuk mengikut bimbingan dan didikan ibu ayah. Jadi ibu ayah perlu menyediakan segala keperluan khasiat anak untuk membesar sihat dan cergas. Apabila anak sihat, mudahlah mereka belajar berdikari dengan bimbingan daripada ibu dan ayah.
2. Ajar anak berkeyakinan
Anak yang dibesarkan dengan persekitaran positif akan membesar sebagai kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi. Sejak kecil galakkan anak membantu membuat kerja rumah. Biarpun pada awalnya tidak sempurna, berikan mereka pujian dan galakan.
Tugas-tugas mudah seperti mengemas katil, bilik, menyapu sampah dan sebagainya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka seterusnya anak menjadi lebih berdikari.
3. Mudah bergaul
Salah satu ciri anak berdikari adalah kemampuannya mudah bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Ia menunjukkan mereka mampu untuk berdikari mencari kawan baru tanpa perlu ‘melekat’ dengan ibu ayah jika berada di tempat baru.
4. Kreatif
Anak kreatif bukan sekadar hebat melukis, mewarna dan menulis tetapi lebih luas daripada itu di mana dia mampu menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi tanpa bantuan orang lain.
Ia bukan sifat semula jadi sejak lahir tetapi boleh dipupuk dan diajar sendiri oleh ibu dan ayah bagaimana menjadi anak yang kreatif dan mampu berfikir cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
5. Berikan kebebasan
Kadangkala ibu dan ayah perlu memberi kebebasan kepada anak yang sedang membesar. Kebebasan bukan bermakna mencetuskan hura hara atau membiarkan anak tanpa pemantauan tetapi dalam bab membuat keputusan yang mudah.
Misalnya seperti memilih pakaian yang hendak dipakai, membuat pilihan menu makanan di restoran, membiarkan anak menguruskan keperluan dirinya. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu cara mudah menggalakkan anak untuk lebih bertanggungjawab.
Biasanya anak yang berdikari mudah untuk mendapat kawan walaupun dia berada di tempat baru dan mereka akan membesar sebagai seorang yang berani cuba sesuatu yang baru serta tinggi keyakinan diri.

Artikel
Berkaitan
Anda
Mungkin Suka
Terkini
- 11 Perkara Jangan Buat Kalau Nak Melawat Ibu Berpantang & Bayi Baru Lahir
- 6 Tip Ajar Anak Jimat Wang Di Zaman Semua Barang Naik Harga
- Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu Sambil Berbaring Amat Berbahaya. Beri Perhatian 6 Risiko Ini
- 10 Cara Mesti Buat Supaya Anak Rajin Tolong Buat Kerja Rumah!
- Jangan Suka-Suka Tabur Bedak Pada Bayi, 6 Kesan Ini Perlu Diketahui!
0 komentar:
Posting Komentar