Demam menyebabkan suhu ibu hamil menjadi lebih tinggi daripada biasa dan ini ternyata agak membimbangkan. Lebih membimbangkan lagi apabila ibu hamil yang hampir melahirkan anaknya atau berada di dalam trimester ketiga. 
 
Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badannya menjadi rendah daripada biasa bertujuan bagi melindungi bayi di dalam rahim. Namun keadaan ini akan menyebabkan ibu hamil mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah demam dan selsema. 
 
Menurut laporan Dr Zubaidi Hj Ahmad, paracetamol adalah selamat digunakan semasa hamil dan boleh diambil untuk merawat demam. Setiap dos paracetamol iaitu satu hingga dua tablet, yang mengandungi 500mg berkesan sehingga empat jam. Maksimum pengambilannya yang diambil sebanyak lapan tablet dengan dos 500mg, boleh diambil dalam masa 24 jam. 
 
Panadol pula bertindak sebagai antipyretic yang menurunkan suhu badan dengan cepat. Jika ibu hamil mempunyai suhu badan sehingga 39 darjah celcius, panadol adalah jalan penyudahnya untuk memulihkan ibu. 
 
Panadol atau paracetamol, kedua-duanya hanya boleh diambil dengan adanya nasihat daripada doktor. Dalam erti kata lain, jika anda mengalami demam, segeralah ke klinik berjumpa dengan doktor. Itu adalah jalan paling selamat. 
 
Selsema perlu dirawat dengan paracetamol dan pengambilan air yang banyak oleh ibu hamil. Jika perlu tambahkan rawatan altenatif seperti melakukan pengewapan ke kawasan hidung menggunakan air suam yang ditambah dengan serbuk kristal mint atau juga ubat-ubatan yang berbau mint. 
 
Letakkan muka di permukaan air, litupkan dengan tuala dan sedutlah wap yang dikeluarkan. Ini sedikit sebanyak membantu ibu hamil tanpa menggunakan ubat-ubatan yang terlarang dan merisaukan. 
 
Namun ibu hamil boleh ambil 4 jenis ubat ini..
 
1. Ubat Demam
Peningkatan suhu yang tinggi bagi wanita hamil akan mengakibatkan masalah dan komplikasi tidak sihat lain kepada ibu dan janin. Ubat demam seperti panadol dan paracetamol selamat diambil ibu hamil namun anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda. 
 
2. Asma
Sebarang jenis ubat-ubatan melibatkan rawatan asma adalah selamat diambil oleh ibu hamil. Penggunaan inhaler pelbagai peringkat selamat digunakan namun haruslah pada dos yang rendah dan paling penting mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. 
 
3. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat. Namun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. 
 
4. Antibiotik
Antibiotik daripada kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin adalah selamat diambil. Namun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu bagi melihat kesesuaian kumpulan ubat itu dengan tubuh anda.